Noam Chomsky
Tokoh yang mempelopori teori psikolinguistik ialah Noam Avram Chomsky pada tahun 1957. Tokoh ini
telah membawa revolusi dalam bidang linguistik, khususnya psikolinguistik. Tokoh unggul ini berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan oleh mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Device (LAD). Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis dengan cara sejagat atau bebas budaya. Chomsky telah memperkenalkan beberapa perkara melalui teori kod kognitifnya.
Tokoh yang mempelopori teori psikolinguistik ialah Noam Avram Chomsky pada tahun 1957. Tokoh ini
telah membawa revolusi dalam bidang linguistik, khususnya psikolinguistik. Tokoh unggul ini berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan oleh mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Device (LAD). Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis dengan cara sejagat atau bebas budaya. Chomsky telah memperkenalkan beberapa perkara melalui teori kod kognitifnya.
Menurut Chomsky, setiap manusia yang dilahirkan di dunia
sudah ada kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi
berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semula
jadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang untuk
menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira. Chomsky juga berhujah
bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi
rangsangan dan tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam
proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa
terbatas pada hal yang dialami sahaja.
Seterusnya, beliau berpendapat
bahawa bahasa bersifat kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa itu tidak
terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap
oleh perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa berkembang
secara kreatif, mengimbau atau melangkau batasan pengalaman naluri,
iaitu rangsangan dan tindak balas. Oleh sebab daya kreativiti itu, maka
setiap kalimat seseorang mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah
sesuatu yang baharu. Chomsky berpendapat bahawa bahasa yang dipelajari
melalui satu set rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat baharu
itu. Di sini beliau memperkenalkan dua istilah seperti berikut:
i. Kompetens
ii. Prestasi
Chomsky menjelaskan bahawa
setiap penutur dan pendengar mempunyai kompetens dan prestasi. Kompetens
dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat
yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetens ialah pengetahuan
penutur mengenai bahasanya. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di
dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi
yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh
pendengarnya. Berbaze dengan kompetens ia terletak di bahagian luar
otak.
Seterusnya, Chomsky menerangkan
bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada
otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai
tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang
kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh
persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk
tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa
sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan
dapat menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompetens. Setelah
kanak-kanak memperoleh kompetens, dia akan mempunyai prestasi.
Kompetens seumpama ini
seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan
menghasilkan elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar,
iaitu dari telinga ke dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama
apabila pendengar bertutur.
Teori linguistik Chomsky
menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat
menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai
skema S-O-R (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai
pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah
menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.
No comments:
Post a Comment