Saturday, December 15, 2012


Analisis Perbandingan Teori
           
            Psikolinguistik seperti istilahnya merangkumi ilmu psikologi dan linguistik atau bahasa. Terdapat ramai tokoh pengkaji yang telah menampilkan berbagai teori dan hasil kajian yang mengagumkan. Antaranya ialah Noam Chomsky (1959), Skinner, Greenberg (1963) dan sebgainya merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai pelopor kajian psikolinguistik ini. Setiap pengkaji cuba melahirkan pandangan mereka berdasarkan kajian sama ada melalui kajian terhadap binatang dan pemerhatian terhadap tingkah laku manusia sendiri. Kajian yang dilakukan pasti menarik kerana mereka mencari sesuatu punca atau cuba mendapatkan kepastian akan asal usul pemerolehan bahasa dalam kalangan manusia juga mencari bagaimana bahasa itu diperolehi. Dalam kajian mereka timbul permasalahan sama ada manusia memperolehi bahasa secara sendiri atau ada faktor lain yang menyebabkan berlakunya proses pemerolehan bahasa itu.

            Melalui perbandingan teori yang boleh diperolehi dimana-mana, memang terdapat perbezaan ketara teori psikolinguistik yang cuba disampaikan. Teori Kognitif menekankan aspek fungsi kognisi dan landasan biologi manusia dalam pemerolehan bahasa (Abdullah Hassan, 2007 : halaman 5). Chomsky menentang teori ini dengan mengatakan bahawa teori ini disampaikan oleh sarjana psikologi kognitif tanpa melihat proses linguistik yang berlaku dalam proses pemerolehan bahasa itu sendiri. Alasan Chomsky ialah pertumbuhan bahasa seorang manusia berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya (Abdullah Hassan, 2007 halaman 5). Maka teori kognitif mungkin tidak dapat menjelaskan bagaimana proses linguiistik atau pemerolehan bahasa yang diperolehi kanak-kanak dan kemampuan kanak-kanak memperolehi bahasa secara semulajadi melalui interaksi dengan persekitaran kanak-kanak tersebut.

            Bagi teori behaviorisme pula, para sarjana penemu teori ini berpandangan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak banyak dipengaruhi tindakan ulangan sesuatu lakuan mereka. Kemahiran bertutur sama seperti kemahiran lain yang mana kanak-kanak akan melakukan proses berulang kali bagi memperolehi kemahiran tersebut. Teori kelakuan ini mungkin diamati sarjana pengkaji nya dan membuat satu analisis bagaimana lakuan kanak-kanak dalam proses sosialisasi mereka yang mana lakuan mereka sendiri akan menjadi faktor mereka akan memperolehi bahasa mereka. Pendapat ini juga ditentang oleh Chomsky yang menyebut “mengapa kanak-kanak di mana pun juga, memperoleh bahasa mereka dengan menggunakan strategi yang sama (Abdullah Hassan, 2007 : halaman 3). Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa manusia dicipta dengan memiliki otak yang berbeza daripada primat lain, baik dalam struktur mahupun fungsinya. Dari segi biologi manusia berbeza dengan binatang. Pendapat teori behaviorisme ini melihat binatang sebgaai asas kajian dan pendapat mereka gagal menjelaskan persoalan yang dibangkitan oleh Chomsky.

            Chomsky menjelaskan bahawa setiap individu dilahirkan sudah mempunyai kecekapan bahasa, mempunyai Langguage Acquisition Device dan sifat akal. Perkembangan kanak-kanak yang berlaku bukan sahaja kerana tindak balas tetapi mereka melalui proses perkembangan kognitif mereka. Manusia juga dilahirkan didunia sudah ada kecekapan berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi ini kerana sifat akal, iaitu bersifat semula jadi.

            Penjelasan dan perbandingan yang boleh dibuat daripada teori psikolingguistik yang ada ialah, manusia itu sendiri dianugerahi akal yang membolehkan mereka memperolehi bahasa melalui beberapa proses dalam perkembangan hidup mereka. Pendapat Chomsky banyak mempengaruhi proses pemantapan ilmu psikolinguistik ini kerana Chomsky lebih yakin kepada perkembangan bahasa manusia itu terancang secara genetik. Pertumbuhan bahasa kanak-kanak tidak ada bezanya dengan pertumbuhan payu dara atau misai pada manusia. Manusia dilahirkan dibekalkan dengan fakulti minda yang salah satu bahagian khususnya dicipta untuk perolehan bahasa (Abdullah Hassan, 2007 : halaman 4).  

Wednesday, December 12, 2012

MASALAH DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA



         Ketakseimbangan dalam penguasaan pengetahuan bahasa Melayu menyebabkan wujudnya pelbagai kesan buruk kepada kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Bahasa Melayu tidak dapat berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan yang berkesan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti dalam bidang pendidikan, kehakiman, perundangan dan sebagainya. Apa yang sering berlaku, kelemahan perancang, pelaksana dan pengguna bahasa seringkali diselindungkan, dan terus dituduh sebagai kelemahan bahasa Melayu.

            Bahasa Melayu diremehkan apabila dituding sebagai tidak dapat berfungsi untuk bidang ilmu tinggi atau sebagai bahasa pengantar pendidikan peringkat universiti khususnya dalam bidang sains dan matematik, dan harus digantikan dengan bahasa Inggeris. Kemuncak daripada fenomena ini adalah kewujudan dasar PPSMI, iaitu pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Akibatnya, bahasa Melayu akan terus dipinggirkan. Bahasa Melayu dipersepsikan hanya sebagai bahasa pasar atau bahasa basahan untuk komunikasi tidak formal, dan bahasa untuk urusan-urusan kurang rasmi. Walau bagaimanapun, kita bersyukur kerana kita telah menyedari kesilapan ini dan kita dalam proses untuk membetulkannya semula.

            Di samping fungsinya sebagai bahasa pengantar pendidikan dan bahasa untuk bidang pentadbiran telah terjejas, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan untuk seluruh rakyat Malaysia juga turut terjejas. Apabila bahasa Melayu tidak dapat berfungsi sebagai alat komunikasi antara etnik dengan berkesan, hubungan antara kaum menjadi agak hambar dan ikatan muhibah menjadi kurang kukuh. Untuk dapat berfungsi dengan berkesan sebagai alat komunikasi, bahasa Melayu perlu dikuasai oleh semua kaum di Malaysia dengan menyeluruh dan secara utuh. Keadaan ini akan menghilangkan rasa kekok semasa berbahasa, dan mengikis rasa kesangsian antara pelbagai kaum, dan seterusnya usaha kita untuk menjayakan gagasan satu Malaysia dapat direalisasikan. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan tentang betapa perlunya kesatuan pemikiran semasa menghuraikan konsep satu Malaysia dengan berkata, “Konsep satu Malaysia ini bererti bahawa kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” (Bernama 2009).

            Jika sekiranya kita mahu seluruh masyarakat Malaysia menguasai pengetahuan bahasa Melayu secara utuh dan berpada, kita harus mengadakan perubahan sejak di tahap yang paling awal lagi, iaitu sejak di tahap perancangan lagi. Ini disebabkan perancanganlah yang akan menentukan bentuk dan cara pelaksanaan. Dengan demikian, Kementerian Pelajaranlah yang akan menentukan corak atau bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa yang bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah, sama ada di peringkat rendah atau menengah.

            Penggunaan nama „bahasa Malaysia‟ tidak akan menjadikan semua rakyat Malaysia sebagai penutur jati bahasa ini. Ini membawa maksud, perbezaan status di antara penutur yang berlainan etnik harus diiktiraf oleh para perancang program pendidikan bahasa Melayu, dan seterusnya dalam pengajaran di bilik-bilik darjah keadaan ini harus disedari oleh para guru bahasa Melayu. Jika sekiranya pendidikan bahasa Melayu dirancangkan dan dilaksanakan hanya sebagai pendidikan bahasa pertama, ia pasti akan merugikan para pelajar bukan Melayu. Sebaliknya, jika sekiranya pendidikan bahasa Melayu dirancangkan dan dilaksanakan hanya sebagai pendidikan bahasa kedua, ia akan merugikan para pelajar Melayu. Dengan demikian, para perancang program pendidikan bahasa Melayu harus merancang dengan teliti agar program pendidikan bahasa Melayu akan memberikan manfaat maksimum kepada kedua-dua golongan pelajar, iaitu pelajar Melayu dan bukan Melayu.

            Pendidikan bahasa Melayu harus disasarkan kepada proses memperkukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan bahasa Melayu para pelajar Melayu, dan juga ke arah membentuk dan memperkukuh tabiat berbahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan para pelajar bukan Melayu. Program pendidikan bahasa Melayu seharusnya dirancang agar kedua-dua kelompok pelajar mendapat manfaat yang maksimum daripada program pendidikan bahasa Melayu yang mereka ikuti. 


PERANAN TEORI PSIKOLINGUISTIK DALAM PEMURNIAN DAN PEMERKASAAN
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
(The role of psycholinguistic theory in refining and strengthening of the Malay language
education in Malaysia)
Zulkifli Hamid

PENDIDIKAN BAHASA MENURUT PANDANGAN PSIKOLINGUISTIK



           Menurut pandangan ahli-ahli psikolinguistik, pengetahuan bahasa boleh dikuasai melalui dua cara, iaitu menerusi proses „pemerolehan‟ dan „pembelajaran‟. Dua cara penguasaan pengetahuan bahasa inilah yang menyebabkan wujudnya perbezaan di antara pelajar natif dan bukan natif, dan seterusnya menghasilkan dua bentuk atau dua pendekatan pengajaran bahasa yang berlainan prinsipnya, iaitu prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan prinsip pengajaran pembinaan biasaan berbahasa. Dalam pengajaran yang bersifat pengkayaan, fokus seharusnya terhadap membina kemahiran berbahasa dalam situasi formal atau disasarkan ke arah membentuk pengguna bahasa yang bergaya profesional, iaitu mereka yang mampu membezakan antara output yang gramatis dan tidak gramatis, serta dapat menggunakan istilah, cara dan format penyampaian yang tepat untuk situasi penggunaan yang tertentu.

            Bagi pengajaran bahasa yang berteraskan prinsip pembentukan biasaan berbahasa pula, fokus pengajaran seharusnya ke arah melatih para pelajar bahasa kedua berbahasa sebagaimana penutur natif berbahasa. Dengan kata lain, di samping aspek nahu, keseluruhan korpus lakuan bahasa, termasuklah aspek ketepatan dalam memberikan gerak balas bahasa bersesuaian dengan situasi, sapaan yang paling bersesuaian dengan sesuatu keperihalan keadaan, kesusilaan dalam berbahasa dan juga aspek-aspek yang berkaitan dengan taboo atau kekangan moral dalam berbahasa, semuanya harus dipelajari dan dikuasai. Kesemua aspek kebahasaan ini tidak boleh diagak-agak atau direka-reka, tetapi mesti digunakan sebagaimana yang digunakan oleh penutur natif semasa mereka berbahasa. Jika tidak, bahasa berkemungkinan besar tidak akan dapat berperanan sebagai alat penyampai atau penghubung silaturrahim secara berkesan.

            Pandangan di atas membayangkan kepada kita bahawa menurut disiplin psikolinguistik pemboleh ubah bangsa atau aspek kenatifan merupakan pemboleh ubah yang penting yang harus dikenal pasti kesannya ke atas sesuatu program pendidikan bahasa. Ini membawa maksud, para pelajar Melayu dan bukan Melayu melalui proses penguasaan pengetahuan bahasa Melayu dengan cara berbeza. Para pelajar Melayu akan menguasai kemahiran berbahasa Melayu secara lisan dengan agak sempurna apabila mereka mencecah umur lima tahun, iaitu sebelum mereka memulakan peroses pendidikan formal. Bagi para pelajar bukan Melayu pula, sebahagian daripada mereka hanya akan mula diperkenalkan dengan sistem bahasa Melayu bila mereka mencecah umur lima tahun atau mungkin lebih lambat, iaitu selepas mereka memasuki tadika atau darjah satu. Para pelajar Melayu akan menguasai pengetahuan bahasa Melayu secara tidak formal, manakala para pelajar bukan Melayu sebahagian besarnya terpaksa menguasai pengetahuan bahasa Melayu menerusi sistem pendidikan formal.

            Dari huraian di atas, dapat kita lihat bahawa perbezaan di antara penutur bahasa pertama dan bahasa kedua wujud kerana mereka bermula pada waktu yang berbeza dalam usaha menguasai pengetahuan sesuatu bahasa. Para penutur bukan natif atau penutur bahasa kedua rata-rata mula menguasai pengetahuan bahasa ini apabila mereka memulakan pendidikan formal mereka, iaitu pada umur lima tahun dan ke atas.

            Keadaan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa garis mula adalah berbeza. Kumpulan pelajar natif telah bermula sejak di peringkat awal kehidupan, dan apabila menjangkau usia lima tahun mereka sudah dapat menggunakan bahasa ibunda mereka dengan berkesan sebagai alat komunikasi, manakala kumpulan bukan natif pula hanya baharu mahu bermula apabila mengjangkau usia lima tahun. Perbezaan pada garis mula ini tentu sekali mewujudkan pelbagai perbezaan lain, dan ia mempunyai kesan yang besar terhadap proses pendidikan bahasa Melayu, sama ada untuk peringkat sekolah rendah atau menengah.

            Di samping bermula pada masa yang berbeza, penutur bahasa pertama dan penutur bahasa kedua juga berbeza daripada segi tatacara penguasaan. Menurut pandangan psikolinguistik, iaitu melalui pandangan yang dikemukakan dalam Hipotesis Nurani bahawa proses penguasaan pengetahuan bahasa pertama atau bahasa ibunda ialah proses yang agak mudah yang tidak memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal kerana proses ini dibantu oleh alat penguasaan bahasa semula jadi yang sedia wujud dalam akal budi manusia sejak mereka dilahirkan ke dunia (Hornstein & Lightfoot 1981).

            Menurut pandangan yang dikemukakan dalam Hipotesis Nurani, proses penguasaan pengetahuan bahasa pertama adalah dibantu oleh alat pemerolehan bahasa semula jadi yang wujud dalam minda kanak-kanak sejak mereka lahir ke dunia. Alat pemerolehan bahasa semula jadi ini wujud dalam minda kanak-kanak dalam bentuk Nahu Universal. Proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama adalah proses mengadaptasikan pengetahuan yang ada dalam Nahu Universal dengan pengetahuan nahu bahasa ibunda seseorang kanak-kanak. Dengan kata lain, bagi kebanyakan ahli psikolinguistik mereka menganggap bahawa proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama adalah proses pengadaptasian dan bukannya proses pembelajaran. Pandangan Chomsky ini telah dijelaskan oleh Lyons (1987), “Pada pandangan Chomsky, bahasa berfungsi sebagai alat pemeri pemikiran, dan manusia secara nurani atau secara genetik telah dianugerahkan dengan kemampuan untuk membentuk konsep-konsep tertentu dan bukannya yang lain”.

            Berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan dalam bahagian di atas jelas kepada kita bahawa pendidikan bahasa Melayu di sekolah-sekolah tidak seharusnya bersifat eka pendekatan, iaitu menggunakan satu pendekatan yang sama untuk semua pelajar. Para pelajar Melayu dan bukan Melayu seharusnya diajar pengetahuan bahasa Melayu menggunakan pendekatan dan kaedah yang berbeza. Di samping itu, fokus pengajaran khususnya aspek bahan juga harus berbeza.

            Walau bagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan bahawa kelas peralihan yang diwajibkan kepada para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Cina dan Tamil akan dapat merapatkan jurang perbezaan di antara pelajar Melayu dan bukan Melayu. Pendapat ini ternyata tidak semestinya benar bagi semua pelajar bukan Melayu, bahkan hanya sebahagian kecil daripada mereka yang berjaya memperbaiki mutu bahasa Melayu mereka, manakala majoriti daripada mereka gagal. Beberapa kajian yang telah dilakukan tentang keberkesanan kelas peralihan dalam meningkatkan mutu pengetahuan bahasa Melayu menunjukkan secara keseluruhannya kelas peralihan telah gagal melaksanakan peranan ini (Lihat Koh Seok Choo 1991 & Thilaham 1996). Keadaan ini memperlihatkan kepada kita bahawa perbezaan dalam tahap penguasaan pengetahuan bahasa berkemungkinan besar terus wujud apabila para pelajar memasuki tingkatan satu. Keadaan ini harus cuba diatasi semasa mereka berada di peringkat sekolah menengah. 

PERANAN TEORI PSIKOLINGUISTIK DALAM PEMURNIAN DAN PEMERKASAAN
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
(The role of psycholinguistic theory in refining and strengthening of the Malay language
education in Malaysia)
Zulkifli Hamid

ANALISIS



PENGENALAN

            Apabila kita berbicara tentang pendidikan bahasa, kita secara langsung berbicara tentang proses pengkayaan bahasa di kalangan penutur bahasa pertama, dan juga membicarakan aspek penguasaan biasaan berbahasa yang baru di kalangan penutur bahasa kedua. Proses pengkayaan bahasa merujuk proses penambahbaikan kepada kemahiran dan pengetahuan bahasa yang sedia ada, iaitu satu proses mengeksplisitkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan bahasa yang dikuasai secara tasit diperingkat awal kehidupan. Pengetahuan dan kemahiran berbahasa pertama secara tasit telah dikuasai secara tidak formal dalam persekitaran keluarga, dan apabila kanak-kanak mencecah usia lima tahun mereka sudah menjadi penutur yang fasih dalam bahasa ibunda mereka. Kemahiran tasit ini merujuk kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.

            Dalam proses pendidikan bahasa sebagai bahasa kedua, sasarannya adalah ke arah pembinaan biasaan berbahasa yang baru, iaitu membina tabiat berbahasa dalam bahasa kedua, di samping kemahiran berbahasa pertama yang telah dikuasai. Proses membina kemahiran berbahasa yang baru atau kemahiran berbahasa yang kedua biasanya dilakukan dalam satu proses pendidikan yang bersifat formal. Kemahiran berbahasa kedua adalah suatu kemahiran tambahan, iaitu satu kemahiran baru yang kadangkala mempunyai perbezaan yang agak ketara dengan kemahiran sedia ada, iaitu kemahiran menggunakan bahasa ibunda. Jarak perbezaan atau darjah kelainan antara dua bahasa adalah bergantung kepada darjah kekerabatan antara dua bahasa tersebut (bahasa pertama dan bahasa kedua), dan darjah kekerabatan antara dua bahasa merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam proses merancang dan melaksana sesuatu program pendidikan bahasa.
           
            Apa yang dapat kita lihat dari huraian di atas ialah pengaruh pengetahuan bahasa sedia ada dalam proses pendidikan bahasa. Berdasarkan fakta ini kita boleh mengatakan bahawa perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa harus mengambil kira faktor etnik atau pemboleh ubah bangsa. Dengan kata lain, bangsa yang berbeza seringkali mempunyai bahasa ibunda yang berbeza, dan setiap bahasa mempunyai sifat dan ciri tertentu yang membezakannya dengan bahasa lain. 

            Perbezaan bahasa akan menyebabkan wujudnya perbezaan antara dua kelompok penutur dalam pelbagai aspek, bukan sahaja perbezaan dalam aspek formal bahasa bahkan juga dalam aspek budaya dan pemikiran. Dua kelompok pengguna bahasa yang berbeza akan mempunyai dua rupa bentuk „weltanschauung‟ yang berbeza. Asmah menghuraikan fenomena ini secara jelas. Menurut Asmah (1987), “Setiap bahasa mempunyai „weltanschauung‟ yang menyebabkan para penutur melihat sesuatu fenomena yang serupa, sama ada fenomena deria atau bukan deria dengan cara yang berbeza daripada penutur bahasa-bahasa lain”. Dapat kita fahami di sini bahawa dua bahasa yang berbeza akan mengakibatkan terbentuknya dua „weltanschauung‟ atau pandang dunia yang berbeza, dan seterusnya dua budaya yang berbeza. 

            Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa merupakan suatu proses yang amat rencam. Ia melibatkan pelbagai pemboleh ubah, dan setiap pemboleh ubah akan mempengaruhi pelbagai kumpulan pelajar yang berlainan dengan cara yang agak berbeza (Brown 1980). Dalam bahagian seterusnya, saya akan membincangkan secara lebih mendalam pelbagai pandangan yang diutarakan oleh disiplin psikolinguistik tentang proses pendidikan bahasa, dan bagaimana pandangan ini dapat diterapkan dalam program pendidikan bahasa Melayu, sama ada pendidikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua. Kita akan melihat bagaimana pelbagai pandangan yang dikemukakan dalam disiplin psikolinguistik sama ada dalam bentuk teori, hipotesis atau dapatan kajian dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menentukan hala tuju program pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia sama ada untuk proses peringkat perancangan atau pelaksanaan

PERANAN TEORI PSIKOLINGUISTIK DALAM PEMURNIAN DAN PEMERKASAAN
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
(The role of psycholinguistic theory in refining and strengthening of the Malay language
education in Malaysia)
Zulkifli Hamid

Sunday, November 18, 2012

Teori Psikolingguistik Kognitif

Teori Kognitif
 
Kognisi dapat diartikan sebagai proses memahami sesuatu yang diperoleh melalui interaksi dengan lingkungan (Alimin, 2008). Dimana pemahaman tersebut  diperoleh melalui proses yaitu proses sensoris dan persepsi (visual, auditif, kinestetk, dan taktual). Proses itu sendiri terjadi melalui suatu struktur kognitif yang disebut skemata.

Jean Piaget menyebut struktur kognitif  sebagai skemata (Schemas), yaitu kumpulan dari skema-skema. Seorang individu dapat mengikat, memahami, dan memberikan respons terhadap stimulus disebabkan karena bekerjanya skemata ini. Skemata ini berkembang secara kronologis, sebagai hasil interaksi antara individu dengan lingkungannya dan berlangsung terus-menerus melalui adaptasi dengan lingkungannya. Proses terjadinya adaptasi dari skemata yang telah terbentuk dengan stimulus baru tersebut dilakukan dengan dua cara, yaitu asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi adalah proses “kognitif di mana seseorang mengintegrasikan persepsi, konsep, atau pengalaman baru ke dalam skema atau pola yang sudah ada di dalam pikirannya” (Suparno, 2001 dalam Indriyani, 2011). Proses ini bersifat subjektif, karena seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau informasi yang diperolehnya agar bisa masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya. Menurut Wadsworth dalam (Suparno, 2001:22) asimilasi tidak menyebabkan perubahan skema, tetapi memperkembangkan skema. Sebagai contoh, seorang anak yang baru pertama kali melihat harimau maka ia akan menyebut harimau itu sebagai kucing besar, karena ia baru memiliki konsep kucing yang sering dilihatnya. Ia memiliki konsep kucing dalam skemanya dan ketika ia melihat harimau untuk pertama kalinya, maka konsep kucinglah yang paling dekat dengan stimulus.

Akomodasi adalah bentuk penyesuaian lain yang melibatkan pengubahan atau penggantian skema akibat adanya informasi baru yang tidak sesuai dengan skema yang sudah ada.  Dalam proses ini dapat pula terjadi pemunculan skema yang baru sama sekali. Contoh seperti di atas, untuk pertama kalinya anak akan menyebut harimau dengan sebutan kucing atau kucing besar. Melalui proses sensori dan persepsi maka skema yang sudah ada terjadi perubahan yaitu adanya penambahan skema tentang harimau. anak menjadi memahami bahwa harimau itu bukan kucing tetapi sebagai konsep baru bahwa ada binatang yang disebut harimau sehingga tersimpan dalam pemahamannya tentang harimau.

Melalui kedua proses penyesuaian tersebut, sistim kognisi seseorang berubah dan berkembang sehingga bisa meningkat dari satu tahap ke tahap berikutnya. Proses penyesuaian tersebut dilakukan seorang individu karena ia ingin mencapai keadaan equilibrium, yaitu berupa keadaan seimbang antara struktur kognisi dengan pengalamannya di lingkungan. Seseorang akan selalu berupaya agar keadaan seimbang tersebut selalu tercapai dengan menggunakan kedua proses penyesuaian di atas. Sehingga “perkembangan bahasa seorang anak akan semakin berkembang sesuai dengan kematangan mentalnya” (Lerner, 1988:317).

Pembelajaran bahasa dalam perspektif teori kognitif adalah menciptakan interaksi antara anak dengan berbagai pengalaman belajar, pengalaman berbahasa, dan menciptakan lingkungan yang mendorong anak untuk memperoleh pemahaman bahasa. Kuncinya adalah memulai dari apa yang sudah anak ketahui dan secara aktif menciptakan pembelajaran yang membangun pemahaman. Sehingga perkembangan bahasa dan kemampuan pemahamannya akan berkembang secara bertahap sejalan dengan perkembangan pengalaman berbahasanya.

Teori Psikolingguistik Behaviorisme

TEORI BEHAVIORISME

Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji mengenai teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan. Teori psikologi ini menyelidik lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut satu persatu tetapi cukuplah bagi kita sekadar membincangkan teori behaviorisme ini yang bersangkutan dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan dari kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.

Teori Psikolingguistik Noam Chomsky

Noam Chomsky
Tokoh yang mempelopori teori psikolinguistik ialah Noam Avram Chomsky pada tahun 1957. Tokoh ini
telah membawa revolusi dalam bidang linguistik, khususnya psikolinguistik. Tokoh unggul ini berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan oleh mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Device (LAD). Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis dengan cara sejagat atau bebas budaya. Chomsky telah memperkenalkan beberapa perkara melalui teori kod kognitifnya.  
 
Menurut Chomsky, setiap manusia yang dilahirkan di dunia sudah ada kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semula jadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira. Chomsky juga berhujah bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa terbatas pada hal yang dialami sahaja.

Seterusnya, beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa itu tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa berkembang secara kreatif, mengimbau atau melangkau batasan pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas. Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah sesuatu yang baharu. Chomsky berpendapat bahawa bahasa yang dipelajari melalui satu set rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat baharu itu. Di sini beliau memperkenalkan dua istilah seperti berikut:
i.   Kompetens
ii.  Prestasi
 
Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai kompetens dan prestasi. Kompetens dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetens ialah pengetahuan penutur mengenai bahasanya. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbaze dengan kompetens ia terletak di bahagian luar otak.

Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompetens. Setelah kanak-kanak memperoleh kompetens, dia akan mempunyai prestasi.
 
Kompetens seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan menghasilkan elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.
 
Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema S-O-R (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.

Sunday, September 30, 2012

Sejarah Psikolinguistik

Psikolinguistik ialah gabungan antara dua ilmu iaitu psikologi dan lingguistik. Ilmu psikolinguistik mula menjadi perhatian pada permulaan abad ke-20 apabila sarjana psikologi Jerman, Wilhelm Wundt menjelaskan bahawa bahasa dapat dijelaskan dengan prinsip-prinsip psikologi (Kess, 1992). Pada waktu itu kajian bahasa mula mengalami perubahan daripada sifatnya yang estetik dan kultural kepada suatu pendekatan yang ilmiah.

Sonjeono Dardjowidjojo - Psikolinguistik - Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. 2007.